Search This Blog

Tuesday, August 12, 2008

Guru, Cikgu & ...

   Sebagai pembayar cukai, saya melihat profesion perguruan ini adalah satu bidang yang bertaraf profesional. Seseorang guru itu seharusnya bersikap lebih professional dan matang dalam menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik anak bangsa. Sebagai seorang professional, seorang guru juga sewajarnya menghindarkan sebarang tindakan yang terlalu mengikut emosi dalam menangani isu disiplin murid di sekolah. Memang diakui seorang guru itu juga seorang manusia, tetapi golongan pendidik ini sudah diberikan latihan dan diiktiraf oleh kerajaan. Ini samalah seperti kakitangan awam lain yang bertaraf profesional seperti anggota polis dan doktor. Cubalah anda bayangkan jika seorang anggota polis bersikap emosional dalam menjalankan tugas, sudah pasti mengundang pelbagai masalah yang serius. Bersyukurlah hal sedemikian setakat ini belum ada lagi yang dilaporkan. Janganlah juga diungkit perihal gaji dan elaun. Boleh dikatakan semua kakitangan awam mendapat gaji yang setimpal dengan tugas mereka, tambahan lagi dengan dengan kenaikkan gaji yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini. Ini adalah lebih baik jika dibandingkan dengan pendapatan kakitangan sektor swasta.

            Sebagai seorang guru, tidak seharusnya mengeluh dengan masalah-masalah yang berlaku di sekolah. Kerana semua masalah tersebut sudah menjadi asam garam dalam usaha mendidik anak bangsa. Saya percaya bahawa setiap guru yang sudah dilantik sudah terikat dengan satu kontrak dengan kerajaan untuk menjalankan tugasnya dengan baik.

            Walaubagaimanapun guru tidak harus dipersalahkan sepenuhnya. Hal ini kerana tahap kesabaran seseorang itu ada batasnya. Saya juga pernah menjadi seorang murid dan mengetahui senario murid tidak menghormati guru ialah satu realiti. Dalam situasi ini peranan ibu bapa sangat penting demi untuk memperbaiki kualiti pendidikan dan generasi masa depan negara. Pihak ibu bapa tidak sepatutnya menyerahkan bulat-bulat tanggungjawab mendidik dan mendisiplinkan anak kepada guru di sekolah, kerana akhlak yang mulia dan disiplin adalah bermula dari rumah. Mengikut pengalaman saya selaku murid, rakan-rakan yang terbabit dengan masalah disiplin biasanya adalah datang daripada keluarga yang kurang prihatin kepada kebajikkan mereka.

            Oleh itu janganlah kita menuding jari kepada satu sama lain kerana ini tidak akan memperbaiki keadaaan. Adalah lebih baik kita memikirkan dan segera bertindak untuk menyelesaikan masalah ini demi untuk kebaikan pihak guru, murid, ibu bapa, masyarakat dan negara.

            Disini sukacita saya untuk mencadangkan beberapa langkah-langkah yang mungkin boleh digunapakai untuk menyelesaikan masalah ini;


1)      Melantik seorang penyelia khas/warden bagi menguruskan hal-ehwal pelajar asrama. Tugas penyelia ini adalah terhad kepada hal ehwal asrama tanpa pembabitan dalam bidang akademik. Ini boleh mengelakkan lebihan tugas yang sering berlaku kepada guru-guru. Mungkin sesetengah pihak memikirkan ianya adalah satu kos tambahan yang akan membebankan kerajaan, tetapi fikirkanlah faedah untuk jangka masa panjang. Ianya bukan sahaja meningkatkan kualiti didalam perkhidmatan malahan dapat membuka peluang pekerjaan kepada graduan yang menganggur.

2)      Kerajaan perlu meneliti semula garis panduan kepada guru-guru didalam menyelasaikan isu-isu disiplin di sekolah. Ini boleh mengelakkan seseorang guru itu daripada melakukan hukuman yang melampaui batas terhadap murid di sekolah.

3)      Interaksi Persatuan Ibu Bapa dan Guru adalah amat penting didalam menyelasaikan perkara-perkara yang berlaku di sekolah. Ini dapat memberi -gambaran yang lebih jelas kepada ibu bapa akan tingkah laku anak mereka. Dengan ini setiap masalah dapat diselasaikan dengan lebih diplomatik.

4)      Guru Besar dan pengetua sekolah seharusnya lebih bijak mengagihkan tugas luar mengajar kepada guru dan kakitangan. Ini boleh mengurangkan bebanan yang dipikul oleh guru di sekolah. Guru juga sepatutnya bersuara jika mendapati diri mereka mempunyai bebanan kerja yang lebih sehingga boleh menjejaskan emosi.



credit to www.scanteen.blogspot.com


No comments:

CASINO TIPS AND TRICKS

564533_468x60 - Bikini Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts